Tuesday, May 27, 2008

KOMPOSISI IMPORT

1)Import Barang Nampak.
a)Boleh dikategorikan kepada:-
i.Barang penggunaan (boleh digunakan oleh pengguna)
ii.Barang perantaraan (kimia, bahan plastik, emas, pemasangan kenderaan motor, komponen elektronik)
iii.Barang pelaburan (brg modal – jentera kilang, alat perkakasan, kelengkapan pejabat, brg logam, logam bukan besi, kelengkapan pengangkutan).
iv.Barang-barang import utk dieksport semula (bijih timah dan getah asli)

EKSPORT BARANGAN TAK NAMPAK

}Melibatkan perkhidmatan sahaja seperti:-
Pengangkutan.
Perjalanan.
Urus niaga kerajaan.
Perkhidmatan lain.

EKSPORT BARANGAN TAK NAMPAK

}Melibatkan perkhidmatan sahaja seperti:-
Pengangkutan.
Perjalanan.
Urus niaga kerajaan.
Perkhidmatan lain.

BARANG PERKILANGAN

}Elektrik dan elektronik.
}Keluaran kimia dan plastik.
}Tekstil.
}Kelengkapan Pengangkutan.
}Lain-lain barang perkilangan.

BARANG PERKILANGAN

}Elektrik dan elektronik.
}Keluaran kimia dan plastik.
}Tekstil.
}Kelengkapan Pengangkutan.
}Lain-lain barang perkilangan.

BARANG BARANG KOMODITI UTAMA

1)Barang komoditi utama terbahagi kepada 2 iaitu:-
1)Barang Pertanian.
a.Minyak kelapa sawit.
b.Getah.
c.Koko.
d.Kayu Balak.
2)Barang Galian.
a.Petroleum.
b.Gas Asli Cecair.
c.Bijih Timah.

KOMPOISI EKSPORT

1.Eksport Barang Nampak.
i.Terbahagi kepada 2 iaitu:-
i.Barang Komoditi Utama.
ii.Barang Perkilangan.

NEGARA DAGANGAN ANTARA BANGSA

}Amerika Syarikat.
}Jepun.
}Negara-negara ASEAN.
}Kesatuan Eropah (EU).
}Asia Barat.
}Asia Timur.

KOMPOSISI EKSPORT DAN IMPORT

}Eksportmenjual barangan dan perkhidmatan ke negara lain.
}Import – membeli barangan dan perkhidmatan dari negara lain.
}Eksport & import barang nampakurus niaga barang nyata sahaja (eg- kereta).
}Eksport & import barang tak nampakurus niaga barang tidak nyata (eg - perkhidmatan)

KEBURUKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Terlalu bergantung pada eksport dan import.
2.Merugikan negara-negara sedang membangun.
3.Mengamalkan pengkhususan yang berlebihan.
4.Mengamalkan dasar perlindungan.
5.Penyebaran nilai dan kebudayaan yang tidak sihat.
6.Menimbulkan masalah lambakan.
7.Kurang mobiliti sumber.
8.Perbezaan pendapatan per kapita antara negara.

KEBAIKKAN PERDAGANGAN ANTARA BANGSA

1.Memperolehi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan dalam negara.
2.Memperolehi barangan dan perkhidmatan yang tidak dihasilkan dalam negeri dengan lebih murah.
3.Memperluaskan pilihan pengguna.
4.Menggalakkan penggunaan teknologi baru.
5.Memperluaskan pasaran keluaran industri tempatan.
6.Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran melalui persaingan.
7.Meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara negara.
8.Menambah peluang pekerjaan dalam negara.
9.Menggalakkan pelaburan.

SEBAB SEBAB PERDAGANGAN ANTARA BANGSA

1.Perbezaan sumber semula jadi.
2.Perbezaan iklim dan jenis tanih.
3.Perbezaan budaya masyarakat.
4.Perbezaan kos pengeluaran dan kecekapan.
5.Perbezaan harga faktor (upah, sewa, modal).
6.Cita rasa pengguna.
7.Dasar Kerajaan.

MAKSUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA

}Proses penukaran barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain.
}Melibatkan urus niaga eksport dan import.
}Negara yang menjalankan PA adalah negara ekonomi terbuka, iaitu ekonomi 4 sektor (isi rumah, firma, kerajaan dan luar negara).

Wednesday, April 30, 2008

seorang student yang berminat dengan pembelajaran melalui internet


saya amat meminati pelajaran yang berlansung menggunakan internet selaras dengan dunia masa kini

drill

Skipping lead leg drill

Tujuan

-membina pergerakan atau irama kaki utama yang betul

-membentul perkembangan dan kelembutan punggung

-menguatkan dan membentuk kaki utama / otot-otot pinggul

Teknik

-meletakkan 5 pagar (hurdle)

-jarak pagar antara 7-12 kaki bergantung pada saiz atlet

-atlet menggunakan lompatan asas secara beritma sepanjang tepi pagar

-atlet meneruskan latihan dengan “gaya lutut yang tinggi” untuk melepasi pagar

(hanya kaki utama melepasi pagar)

-memastikan lutut bengkok sepanjang pergerakan

-atlet memastikan kaki menjejaki tanah selepas setiap lompatan

Pastikan

-sentiasa diketiggian yang sama dan tenang

-mata ditumpu ke hadapan

-pergerakan lengan perlu baik ketika lompatan

-pergerakan leseluruhan badan yang baik apabila membuat lompatan dan percubaan melepasi pagar

Jogging trail leg drill

Tujuan

-membentuk pergerakan mekanik kaki yang baik / sesuai

-menguatkan otot pinggul (flexors, extensors, abductors, adductors)

-membina pergerakan ritma kaki

Teknik

-meletakkan 5 pagar (hurdle)

-jarak pagar antara 7-12 kaki bergantung pada saiz atlet

-atlet menggunakan lompatan asas secara beritma sepanjang tepi pagar

-semasa atlet berlari ke arah pagar, pastikan atlet melompat ke arah dan melepasi pagar

-atlet perlu melakukan teknik-teknik untuk pergerakan kaki melepasi pagar

-memastikan pergerakan lengan lancar dan beritma (seiring dengan pergerakan kaki) semasa lompatan dilakukan

-awas – pergerakan kaki, buku lali (ke atas), dan lutut dalam sudut 90 darjah ke hadapan (lutut ke atas dan kaki ke atas)

-memastikan lutut mlepasi buku lali

-selepas buku lali dan kaki melepasi pagar, pastikan pergerakan kaki lurus ke tanah

Pastikan

-ketinggian sama dan tenang

-mata tumpu ke hadapan

-lutut tinggi

-hujung kaki ke atas

-pergerakan dilakukan/dimulakan daripada bahagian pinggul

-memastikan pergerakan lengan beritma

-pergerakan yang baik dikekalkan semasa melompat dan melepasi pagar

Jogging lead leg drill

Tujuan

-membina pergerakan atau irama kaki utama yang betul

-membentul perkembangan dan kelembutan punggung

-menguatkan dan membentuk kaki utama / otot-otot pinggul

Teknik

-meletakkan 5 pagar (hurdle)

-jarak pagar antara 7-12 kaki bergantung pada saiz atlet

-atlet jog sepanjang pagar di sisi

-memastikan lutut diangkat semasa berjogging di antara pagar

-atlet memastikan setiap lompatan bertenaga melepasi pagar

(didahului lutut yang tinggi)

-atlet akan melepasi pagar semasa meningkatkan kelajuan

-apabila kelajuan ditingkatkan, kaki semakin kuat

(pastikan kaki utama dibengkok sedikit)

-atlet perlu membawa kaki turun ke tanah selepas melepasi pagar

Pastikan

-sentiasa diketiggian yang sama dan tenang

-mata ditumpu ke hadapan

-pergerakan lengan perlu baik ketika lompatan

-pergerakan leseluruhan badan yang baik apabila membuat lompatan dan percubaan melepasi pagar

Hurdle over 2 – back 1 drill

Tujuan

-meningkatkan kekuatan lompatan berpagar

-meningkatkan pergerakkan pinggul dan kelenturannya

-mengukuhkan pergerakan mekanik kaki dengan baik

Teknik

-letakkan 5 set pagar berturutan antara satu sama lain

-berjalan ke arah pagar pertama

-atlet melakukan pergerakan pada kadar yang sama dengan bergerak ke semua pagar

-atlet akan menapak melepasi pagar dengan kaki utama

-atlet membawa kaki belakang dengan betul

-atlet ulangi untuk pagar yang kedua

-selepas pagar yang kedua, ulang semula pergerakan di pagar pertama

-semasa mengulangi pergerakan, pastikan kaki di belakang

-ulang pergerakan di pagar kedua dan ulang ke pagar pertama

-atlet ulang dengan kaki yang berlawanan

Pastikan

-ketinggian dikekalkan dan bertenang

-keadaan lutut sentiasa dibengkok

-kaki ke atas dan lutut tinggi

-pergerakan dan kelancaran berpanjangan

aspek fisiologi 2

ASPEK FISIOLOGI

Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisme badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlet melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut :

Pengambilan Tenaga = Tenaga yang digunakan + Tenaga Disimpan


Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa prestasi pelari adalah bergantung kepada aspek fisiologi. Atlit yang mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan acara akan muncul sebagai pemenang. Sebagai contoh dalam larian jarak jauh kelajuan dan intensity dipengaruhi oleh tahap ambang ‘lactate’.

Menurut McArdle et al. (1996) lorong utama penghasilan ATP berbeza dan bergantung kepada intensity dan jangkamasa senaman. Semasa senaman yang dijalankan dalam jangkamasa yang singkat dan mempunyai intensiti yang tinggi tenaga yang diperlukan diperolehi melalui simpanan ATP-CP dalam otot. Bagi acara yang lebih lama (1-2 minit), tenaga dihasilkan adalah melalui glikolis. Apabila senaman berlaku melebihi beberapa minit, sistem aerobic menjadi dominan dan pengambilan oksigen menjadi semakin penting. Oleh itu jurulatih yang mengetahui penggunaan sistem tenaga akan merangka program berdasarkan kepada sistem tenaga yang dominan khusus untuk sukannya.

Aktiviti boleh dikelaskan dalam bentuk pengkhususan dan juga pemindahan tenaga dominan yang terlibat. Program latihan yang berkesan akan menyediakan ruang masa yang sesuai untuk tenaga khusus yang terlibat dalam aktiviti. sistem latihan sekarang menggunakan aktiviti fizikal yang sederhan di ikuti dengan latihan anaerobik (pemulihan aktif) dan ini meningkatkan pemulihan berbanding dengan kaedah pasif. Pemulihan aktif akan mengakibatkan pembuangan "blood lactate" dengan lebih berkesan.

Untuk mengekalkan kecergasan, atlit perlu menyediakan dirinya melalui program suaian. Kaedah suaian fizikal yang didasarkan kepada beberapa prinsip latihan akan menghasilkan peningkatan yang optima. Mengikut Willmore dan Costill (1994), prinsip-prinsip berikut adalah sangat penting :

i. prinsip tambah beban.

ii. pengkhususan senaman.

iii. Kebolehbalikan

iv. perbezaan individu.

Di samping prinsip di atas, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan ke atas peningkatan latihan (McArdle et al. 1996).

i. tahap kecergasan awal.

ii. Frekuensi latihan

iii. Intensity latihan

Text Box: Kuasa = Daya(Newton) x Jarak (m) / mass (t)

Aspek Berkaitan Prestasi

Walaupun kekuatan mutlak adalah komponen yang penting dalam prestasi, kuasa mungkin lebih penting dalam kebanyakan aktiviti Willmore clan Costill (1994). Berdasarkan formula di atas, kuasa adalah fungsi aplikasi kekuatan clan kelajuan. la adalah merupakan kunci komponen kepada prestasi atlit olahraga. Jelas sekali komponen ini berasal dari aspek fisiologi. Kelembutan yang baik dapat menghindarkan atlit dari mengalami kecederaan yang serius.

Atlit yang mempunyai kelembutan yang baik dapat menghasilkan daya yang lebih besar kerana peningkatan julat pergerakan. Peningkatan komponen ini dihasilkan melalui latihan yang berterusan sepanjang tahun dan boleh berkurang dengan cepat semasa tidak aktif.

Hasil latihan biasanya mengujudkan kekuatan, kuasa, daya tahan otot, Kelembutan dan kardiovaskular tetapi kurang peningkatan dari segi kelajuan dan ketangkasan (Willmore clan Costill 1994). Dalam olahraga banyak masa dihabiskan untuk mengembangkan kualiti prestasi lebih dari kelajuan dan ketangkasan tetapi sukan lain memberi lebih penumpuan kepada komponen ini.

Kualiti yang diperlukan adalah berbeza dan bergantung kepada keperluan peningkatan dan jenis sukan serta posisi pemain. Kehilangan kelajuan dan ketangkasan yang berlaku semasa keadaan ticlak aktif dapat dipulihkan melalui latihan. Namun begitu peningkatan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.

Atlit bertaraf dunia biasanya mempunyai koordinasi yang baik. Koordinasi bukan merupakan faktor yang penting bagi sukan yang bergantung kepada faktor fisiologi. lanya menjadi bertambah penting apabila kita membandingkan "novice" dan atlit berpengalaman bagi sukan yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi seperti larian berpagar, acara-acara lompatan dan lontaran. Koordinasi merupakann faktor penentu jika atlit mempunyai kekuatan yang sama.

Keseimbangan pula penting bagi atlit-atlit gimnastik dan atlit-atlit yang melibatkan diri dalam acara-acara kemahiran seperti melompat dan melontar. Dalam acara larian pecut pula, pemenang biasaya ditentukan dalam perbezaan masa yang amat singkat.

Oleh itu atlit yang mempunyai masa tindak balas yang baik mempunyai Kelebihan untuk mucul sebagai pemenang. Sekiranya atlit mempunyai kecergasan fizikal yang berkaitan dengan prestasi motor pada tahap terbaik maka ia akan mempunyai banyak kelebihan untuk muncul sebagai juara berbanding dengan mereka yang mengabaikanya.