Wednesday, April 30, 2008

aspek fisiologi 1

ASPEK FISIOLOGI

Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisme badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlet melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut :

Pengambilan Tenaga = Tenaga yang digunakan + Tenaga Disimpan


Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa prestasi pelari adalah bergantung kepada aspek fisiologi. Atlit yang mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan acara akan muncul sebagai pemenang. Sebagai contoh dalam larian jarak jauh kelajuan dan intensity dipengaruhi oleh tahap ambang ‘lactate’.

Menurut McArdle et al. (1996) lorong utama penghasilan ATP berbeza dan bergantung kepada intensity dan jangkamasa senaman. Semasa senaman yang dijalankan dalam jangkamasa yang singkat dan mempunyai intensiti yang tinggi tenaga yang diperlukan diperolehi melalui simpanan ATP-CP dalam otot. Bagi acara yang lebih lama (1-2 minit), tenaga dihasilkan adalah melalui glikolis. Apabila senaman berlaku melebihi beberapa minit, sistem aerobic menjadi dominan dan pengambilan oksigen menjadi semakin penting. Oleh itu jurulatih yang mengetahui penggunaan sistem tenaga akan merangka program berdasarkan kepada sistem tenaga yang dominan khusus untuk sukannya.

Aktiviti boleh dikelaskan dalam bentuk pengkhususan dan juga pemindahan tenaga dominan yang terlibat. Program latihan yang berkesan akan menyediakan ruang masa yang sesuai untuk tenaga khusus yang terlibat dalam aktiviti.

sistem

No comments: